Saiyidina Aisyah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda :
*" Sesungguhnya Allah Taala turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb"
(Hadis riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah
*Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Kelebihan Rejab atas bulan bulan lain seperti kelebihan al-Quran atas qalam. Kelebihan Syaaban atas bulan bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya"
*Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah s.w.t berfirman " Sesiapa yang meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta reseki Aku berikan rezekinya."
*Sabda Rasullah s.a.w. bermaksud bahawa Allah s.w.t memerhatikan hamba-hambaNya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang Islam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan