Selamat Datang ke http://luvahfa.blogspot.com

Assalammualaikum..., blog ini saya lahirkan sekadar ingin berkongsi pengalaman & ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama... sesungguhnya pengalaman itu sering mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa mendekatkan kiri kita dengan NYA...



Jumaat, 17 Jun 2011

TERIMA KASIH AYAH

Dia seorang yang garang.. tegas...kuat berusaha... setiap titisan keringatnya yang mengalir adalah untuk keluarga tercinta....namun...disebalik kegarangannya itu ada perasaan kasih dan sayang..dia sentiasa risau tika kami sakit, deman, batuk mahupun cedera....tatkala itu dialah insan yang paling risau..sanggup pulang untuk membawa kami ke klinik ..... suatu ketika dahulu kami adik beradik takut tika dimarahinya...kami mencebik apabila dimarahinya...kami berdiam apabila kena marah... kami sedih apabila ditinggalkan setiap malam sehingga awal pagi baru kami dpt berjumpanya..di waktu kecil kami.., kami tidak mengerti...Namun apabila kami remaja kami faham semua itu adalah untuk kami adik beradik.. Along, Angah, Alang...adalah panggilan kami.. kami berhadapan zaman kegarangannya..namun apabila Anor, Sya Sya dn Aboy lahir semuanya berubmenah.. kegarangannya semakin berkurangan..apabila dia marah dia lebih banyak berdiam.. tatkala itu kami lega dan kami juga telah menempuh alam dewasa.. namun kami berterima kasih kerana sikapnya kami menjadi manusia .....

Apabila aku menempuh alam pekerjaan sekali lagi ayah menyusahkan dirinya...menghantar aku bekerja... mengambil aku dari kerja....risau tika aku lewat kerana overtime.....dan saat itu dia sentiasa berpesan agar jujur dalam pekerjaan, ikhlaskan hati...jangan seleweng... dan tika itu aku merasai lebih menghargai pengorbanannya kerana... bukan senang untuk mencari rezeki.. setiap titisan keringatnya yang mengalir adalah untuk mencari rezeki yang halal... pengalaman itu telah mengajar untuk aku lebih menghargainya..

Walau apa jua keadaan dia tetap tabah menghadapi setiap ujian, dugaan ...dengan penuh kesabaran.. sentiasa berbekalkan Doa memohon pertolonganNYA ....dia masih mampu tersenyum walau tika itu aku tahu dia resah .....

Dialah HJ MOHD ZAILANI HJ ABDUL SAMAD....Ayahanda tercinta... TERIMA KASIH AYAH...tiada apa yang dapat kami beri untuk pengorbananmu dan jasamu membesarkan kami enam beradik selain dari DOA kami untuk Ayah... Ayah.. halalkan setiap titisan keringatmu yang mengalir demi membesarkan kami dan memberi kebahagian kepada kami adik beradik dan bonda tersayang... Ampunkan setiap dosa kami dari kenakalan kami sewaktu kecil kami sehinggalah kini aku bergelar seorang isteri dan mama kepada cucu cucu ayah... TERIMA KASIH AYAH.. untuk setiap sokongan di kala aku menghadapi kesulitan.. TERIMA KASIH AYAH.. diatas setiap kunjunganmu tika aku sakit..TERIMA KASIH AYAH..kerana doamu aku kini menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan kepadaku olehNYA yang maha esa...

"YA Allah... ampunkanlah dosaku terhadap kedua ibu dan ayahku...YA Allah kau ampunkanlah dosa mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil..YA Allah kau panjangkanlah umur ayah dan bondaku..kurniakannlah keduanya kesihatan yang sihat.. YA Allah kau pereeratkanlah kasih sayang kami ...permudahkanlah setiap urusan kedua-duanya, murahkanlah rezeki mereka...YA Allah kau jadikanlah kedua ibubapaku pasangan yang sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat mereka...YA Allah kau jadikan aku anak yang sentiasa taat kepada kedua ibubapa ku...kau jadikanlah aku anak yang sentiasa bersyukur ....Amin..."

Ayah...Mak..Maafkan anakmu...diatas segala dosaku pada mu....Sesungguhnya pengorbanan kalian tiada ternilai...


"Selamat Hari Bapa ....AYAH...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan