Selamat Datang ke http://luvahfa.blogspot.com

Assalammualaikum..., blog ini saya lahirkan sekadar ingin berkongsi pengalaman & ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama... sesungguhnya pengalaman itu sering mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa mendekatkan kiri kita dengan NYA...



Khamis, 9 Jun 2011

Secebis kenangan bersama Muhd.Amsyar Amzar..

29/3/2011.. tarikh yang membawa seribu kenangan dalam kehidupanku bergelar seorang ibu..

YA Allah..aku redha dengan setiap ketetapan mu..selama 36 minggu aku mengandungkannya, 46 jam kelahirannya dan 5 jam aku menatap wajahnya... YA Allah aku relakan pemergiannya  kerana aku yakin itu adalah perjanjianMU dengan insan yang kunamakan MUHD AMSYAR AMZAR..


Mengandungkannya selama 36 minggu adalah satu pengalaman yang lain dari sebelum ini... "hyperdepension bp crisis" membuatkan aku berulang alik ke hospital...makan ubat yang lebih dos...dan memberi lebih perhatian pada kandunganku kali ini... minggu ke 36 aku melahirnya secara emergency kerana tekanan bp 200/110.. "Doktor Marina berkata: Puan kena bersalin hari ini secara pembedahan" YA Allah ..hanya itu yang mampu keluar dari mulutku..tiada kat yang dapat aku luahkan..linangan air mata mengiringi zikrullah yang aku lafazkan..tanpa persediaan...seram sejuk..takut..menggeletar... berpeluh di dalam hawa dingin yang sejuk di ICU.. YA Allah selamatkanlah hamba dan anak di dalam kandungan ini............ jam 3.00 petang aku ditolak ke dalam bilik pembedahan.. aku hanya berserah padaNYA untuk keselamatanku dan anakku... betapa  besarnya kuasamu YA Allah...aku sedar didalam pembedahan ini dan melalui samar samar cahaya lampur aku nampak segalanya di syiling bilik bedah.. aku ditenangkan oleh Doktor Baini  seorang pakar bius yang merupakan jiran bonda di Kampung. Terima Kasih dik..... YA Allah ini adalah pengalaman pertamaku dalam melahirkan keempat empat putera dan puteriku...jam 3.15 petang Muhd Amsyar dilahirkan ..aku dengar Doktor berserta para jururawat berkata Alhamdulillah selamat..sihat.. mereka menyuruh aku mengucup bayiku sebelum dihantar ke NICU kerana bayiku kecil..1.92 kg...... comel...itulah kata kata yg keluar tika aku menatap wajahnya

30/3/2011 - aku melawat Muhd Amsyar di NICU..kehadiranku disambut dengan tangisan yang kuat dan lama..aku dakapkannya ke dadaku.. anakku kenapa kau menangis.. aku cuba untuk menyusukannya.. hanya setitis... dan kemuda dia tertidur.. aku kembali...jam 7.00 suamiku melihatnya..ya dia sihat dan tiada masalah.... malam...aku resah...tiba tiba keluar dari mulutku YA Allah selamatkan aku dan Anakku..sembuhkanlah kami...entah kenapa tidurku tidak lena dan jam 1.00 pagi segalanya terjawab bila aku dan suami dipanggil ke NICU... "Anak Puan Kritikal"..jururawat dr NICU memaklumkan kepadaku...YA Allah segalanya terjawab tp Kenapa????? pagi dan petang td sihat???? tiada jawapan mereka juga berkata mereka terkejut...dengan keadaan itu... dari bayi yang sihat kini dia diletakkan di atas machine..dn disambungkan dengan machine oksigen, ubat, jantung dan darah...warna tubuhnya juga kekuningan...kenapa jadi begini.. "anak puan terkena jangkitan kuman, tidak tahu dari mana" hanya itu jawpn mereka.. jam 11 pagi..keadaan Muhd Amsyar semakin tenat dan..aku lihat kakinya telah kebiruan...tiada kata yang dapat aku lafazkan melainkan padaMU YA Allah aku berserah...aku redha dengan ketentuanmu..sekiranya dia milikmu pada ketika ini kau ambillah dia..mungkin itu perjanjianmu dengannya... aku tatap wajahnya ...sehingga jam 1.00 tgh aku kembali ke wad untuk rawatanku dan....jam 1.15 petang aku dipanggil lagi untuk ke NICU kali ini...aku dibawa ke bilik kaunseling.. perbincangan demi perbincangan bersama ketua NICU dan jururawat terlatih tiba tiba aku dipeluk oleh seorang jururawat..minta aku beristifar...berselawat ...bertenang... dan kemudian membawa aku melihat anakku...YA Allah kaki dan jemarinya semakin biru dan....aku hanya diberi 15minit untuk menatapnya sebelum wayar wayar itu dicabut... Puan..jantungnya tidak berfungsi..itulah kata kata keramat yang keluar dari mulut doktor pakar kanak kanak yang merawat Muhd Amsyar... di hadapanku ...wayar wayar itu dicabut...dan...Amsyar berada dalam dakapan ku...tika dan saat itu hanya juraian air mata yang mampu keluar..dan saat itu juga aku lihat suamiku menangis bersungguh sungguh..tidak kami sangka putera keempat kami tidak sempat berjumpa abang abang dan kakak mereka...walau hati dan jiwaku lemah di saat itu...aku kumpulkan semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini.. MUHD AMSYAR..tunggu mama, ayah, kaka dan abang abang di SANA ya... jenazah Muhd Amsyar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kapas, Rantau Panjang, Selangor Darul Ehsan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan