Selamat Datang ke http://luvahfa.blogspot.com

Assalammualaikum..., blog ini saya lahirkan sekadar ingin berkongsi pengalaman & ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama... sesungguhnya pengalaman itu sering mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa mendekatkan kiri kita dengan NYA...



Khamis, 30 Jun 2011

Pantasnya Masa..

Rasenye baru sahaja siap berkemas peralatan gubahan untuk Luqman & Fidah.. tiba tiba hari ni dah masuk hujung minggu lagi.. YA Allah ..pantasnya masa berlalu ...

Minggu lepas memang busy sgt..sibuk dengan persiapan hantaran Luqman, cari buah, tempah kek, tempah bunga coz Kakak nak fresh flower... ricih bunga rampai..bab bunga rampai ni thanks tu my princess sebab sudi tolong hiris..

All the preparation tuk enggangement ni memang diserahkan 100% padaku.. 25/6/2011 - persiapan bermula... lepas ambil fresh flower bawa balik rumah, solat maghrib as usual bila ada tempahan duk lah mengadap benda ni dari awal sampai akhir.. disebabkan minat i'm jiwa rasa tenang n happy je bila buat kerje ni tp berperang ngan anak anak la specially si farish...betul betul menguji kesabaran... bab cup cake telah ku serahkan kepada yang pakar.. he he Chef Halle..neighbour sebelah rumah..

Sambil duk buat decoration ni terfikir juga.. dulu aku masa baru kahwin luqman ni kecil lagi sekolah rendah rasenye.. then dgr dia sambung belajar... lepas tu kerja..x lama dengar nk bertunang pulak... cepat betul putaran masa .. pejam celik pejam celik..dah nak kahwin si luqman ni...


25/6/2011 - Hmm...Adam ada sukan tp x pergi.. Aqeelah ada Hari Usahawan & Report Card Day... yang husbnd lak time ni lah baru nak basuh kereta... Bila nk jalan jauh memang macam macam kena sedia..almaklumlah mama kan... to make sure baju spare anak anak.. air..kudap kudap... semua tu kena sedia..almaklumlah konon nk bertolak pagi so breakfast dlm kereta la.. so aku goreng potato spring, hashbrown..n potong buah sikit... dah siap semua tu madam nk bersiap lah pulak... simple...kononlah..

Walau busy tp kena spend time gak tuk princess ku sorang ni..so pergi sekolah dulu..Masya Allah ramai la pulak tgh que so.. tunggu je lah..SABAR.. dah memang lambat pun.. akhirnya jam 11.10 baru sampai turn..hm geram gak tgk result dia tp sabar..mama  sabar... masih ada peluang untuk diperbaik.. tp nak kate ape memang x belajar pun.. agaknyer kalau ada subjek sinetron indonesia boleh dapat A+ kut...apa pun doa dari mama moga Aqeelah lebih berusaha n jadikan keputusan pertengahan ni sebagai pengajaran..hmmm x teruk sgt pun.but..still kena berubah.. so watch out from July onwards lepas Maghrib HP anda akan DISITA... he he he...

Lepas ambil report card baru lah ke bertolak ke Melaka.. he he aku biasalah ..kejap pejam kejap celik..at last 2.00 petang baru sampai rumah Zatun..anak buah yg duk kat Melaka... solat , jamah makanan sikit n kami bertolak ke Kg Bukit Rambai at 3.00 Majlis bermula...

Sronok juga bila sampai kat sini..kawasan kg..byk pokok buah ..he he buah durian bergayut gayut..
Bincang dan terus bincang.. ayah Faizal jadi wakil..keputusan di capai..he he..hantaran RM????? mane boleh tulis..biarlah rahsia..paling lewat setahun..

Ramainya saudara mare nk kahwin next year...hu hu..

Time sarung cincin dah tiba.. first time tgk bakal menantu biras ku... ermmm boleh tahan...


Lepas ni pergi HUKM dah ada link.. boleh ye fidah..

Sarung cincin...lepastu makan..ermm memang tgh lapar.. wow ..masak lemak nangka, sambal sotong, ayam goreng, gulai kawah...ulam..sambal belacan..memang menyelerakan tapi...tersekat sebab Faris buat hal...gerammmnya..wahai anakku bernama Faris napelah awak suke uji kesabaran Mama... sabar ye mama...sememangnya anakmu memg begitu... x nak makan yang dia nk cup caake kt hantaran tu..iskh... alhamdulillah ade lebih kat kereta.. kenalah gi ambil...





Jumaat, 17 Jun 2011

TERIMA KASIH AYAH

Dia seorang yang garang.. tegas...kuat berusaha... setiap titisan keringatnya yang mengalir adalah untuk keluarga tercinta....namun...disebalik kegarangannya itu ada perasaan kasih dan sayang..dia sentiasa risau tika kami sakit, deman, batuk mahupun cedera....tatkala itu dialah insan yang paling risau..sanggup pulang untuk membawa kami ke klinik ..... suatu ketika dahulu kami adik beradik takut tika dimarahinya...kami mencebik apabila dimarahinya...kami berdiam apabila kena marah... kami sedih apabila ditinggalkan setiap malam sehingga awal pagi baru kami dpt berjumpanya..di waktu kecil kami.., kami tidak mengerti...Namun apabila kami remaja kami faham semua itu adalah untuk kami adik beradik.. Along, Angah, Alang...adalah panggilan kami.. kami berhadapan zaman kegarangannya..namun apabila Anor, Sya Sya dn Aboy lahir semuanya berubmenah.. kegarangannya semakin berkurangan..apabila dia marah dia lebih banyak berdiam.. tatkala itu kami lega dan kami juga telah menempuh alam dewasa.. namun kami berterima kasih kerana sikapnya kami menjadi manusia .....

Apabila aku menempuh alam pekerjaan sekali lagi ayah menyusahkan dirinya...menghantar aku bekerja... mengambil aku dari kerja....risau tika aku lewat kerana overtime.....dan saat itu dia sentiasa berpesan agar jujur dalam pekerjaan, ikhlaskan hati...jangan seleweng... dan tika itu aku merasai lebih menghargai pengorbanannya kerana... bukan senang untuk mencari rezeki.. setiap titisan keringatnya yang mengalir adalah untuk mencari rezeki yang halal... pengalaman itu telah mengajar untuk aku lebih menghargainya..

Walau apa jua keadaan dia tetap tabah menghadapi setiap ujian, dugaan ...dengan penuh kesabaran.. sentiasa berbekalkan Doa memohon pertolonganNYA ....dia masih mampu tersenyum walau tika itu aku tahu dia resah .....

Dialah HJ MOHD ZAILANI HJ ABDUL SAMAD....Ayahanda tercinta... TERIMA KASIH AYAH...tiada apa yang dapat kami beri untuk pengorbananmu dan jasamu membesarkan kami enam beradik selain dari DOA kami untuk Ayah... Ayah.. halalkan setiap titisan keringatmu yang mengalir demi membesarkan kami dan memberi kebahagian kepada kami adik beradik dan bonda tersayang... Ampunkan setiap dosa kami dari kenakalan kami sewaktu kecil kami sehinggalah kini aku bergelar seorang isteri dan mama kepada cucu cucu ayah... TERIMA KASIH AYAH.. untuk setiap sokongan di kala aku menghadapi kesulitan.. TERIMA KASIH AYAH.. diatas setiap kunjunganmu tika aku sakit..TERIMA KASIH AYAH..kerana doamu aku kini menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan kepadaku olehNYA yang maha esa...

"YA Allah... ampunkanlah dosaku terhadap kedua ibu dan ayahku...YA Allah kau ampunkanlah dosa mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil..YA Allah kau panjangkanlah umur ayah dan bondaku..kurniakannlah keduanya kesihatan yang sihat.. YA Allah kau pereeratkanlah kasih sayang kami ...permudahkanlah setiap urusan kedua-duanya, murahkanlah rezeki mereka...YA Allah kau jadikanlah kedua ibubapaku pasangan yang sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat mereka...YA Allah kau jadikan aku anak yang sentiasa taat kepada kedua ibubapa ku...kau jadikanlah aku anak yang sentiasa bersyukur ....Amin..."

Ayah...Mak..Maafkan anakmu...diatas segala dosaku pada mu....Sesungguhnya pengorbanan kalian tiada ternilai...


"Selamat Hari Bapa ....AYAH...."

Khamis, 9 Jun 2011

Secebis kenangan bersama Muhd.Amsyar Amzar..

29/3/2011.. tarikh yang membawa seribu kenangan dalam kehidupanku bergelar seorang ibu..

YA Allah..aku redha dengan setiap ketetapan mu..selama 36 minggu aku mengandungkannya, 46 jam kelahirannya dan 5 jam aku menatap wajahnya... YA Allah aku relakan pemergiannya  kerana aku yakin itu adalah perjanjianMU dengan insan yang kunamakan MUHD AMSYAR AMZAR..


Mengandungkannya selama 36 minggu adalah satu pengalaman yang lain dari sebelum ini... "hyperdepension bp crisis" membuatkan aku berulang alik ke hospital...makan ubat yang lebih dos...dan memberi lebih perhatian pada kandunganku kali ini... minggu ke 36 aku melahirnya secara emergency kerana tekanan bp 200/110.. "Doktor Marina berkata: Puan kena bersalin hari ini secara pembedahan" YA Allah ..hanya itu yang mampu keluar dari mulutku..tiada kat yang dapat aku luahkan..linangan air mata mengiringi zikrullah yang aku lafazkan..tanpa persediaan...seram sejuk..takut..menggeletar... berpeluh di dalam hawa dingin yang sejuk di ICU.. YA Allah selamatkanlah hamba dan anak di dalam kandungan ini............ jam 3.00 petang aku ditolak ke dalam bilik pembedahan.. aku hanya berserah padaNYA untuk keselamatanku dan anakku... betapa  besarnya kuasamu YA Allah...aku sedar didalam pembedahan ini dan melalui samar samar cahaya lampur aku nampak segalanya di syiling bilik bedah.. aku ditenangkan oleh Doktor Baini  seorang pakar bius yang merupakan jiran bonda di Kampung. Terima Kasih dik..... YA Allah ini adalah pengalaman pertamaku dalam melahirkan keempat empat putera dan puteriku...jam 3.15 petang Muhd Amsyar dilahirkan ..aku dengar Doktor berserta para jururawat berkata Alhamdulillah selamat..sihat.. mereka menyuruh aku mengucup bayiku sebelum dihantar ke NICU kerana bayiku kecil..1.92 kg...... comel...itulah kata kata yg keluar tika aku menatap wajahnya

30/3/2011 - aku melawat Muhd Amsyar di NICU..kehadiranku disambut dengan tangisan yang kuat dan lama..aku dakapkannya ke dadaku.. anakku kenapa kau menangis.. aku cuba untuk menyusukannya.. hanya setitis... dan kemuda dia tertidur.. aku kembali...jam 7.00 suamiku melihatnya..ya dia sihat dan tiada masalah.... malam...aku resah...tiba tiba keluar dari mulutku YA Allah selamatkan aku dan Anakku..sembuhkanlah kami...entah kenapa tidurku tidak lena dan jam 1.00 pagi segalanya terjawab bila aku dan suami dipanggil ke NICU... "Anak Puan Kritikal"..jururawat dr NICU memaklumkan kepadaku...YA Allah segalanya terjawab tp Kenapa????? pagi dan petang td sihat???? tiada jawapan mereka juga berkata mereka terkejut...dengan keadaan itu... dari bayi yang sihat kini dia diletakkan di atas machine..dn disambungkan dengan machine oksigen, ubat, jantung dan darah...warna tubuhnya juga kekuningan...kenapa jadi begini.. "anak puan terkena jangkitan kuman, tidak tahu dari mana" hanya itu jawpn mereka.. jam 11 pagi..keadaan Muhd Amsyar semakin tenat dan..aku lihat kakinya telah kebiruan...tiada kata yang dapat aku lafazkan melainkan padaMU YA Allah aku berserah...aku redha dengan ketentuanmu..sekiranya dia milikmu pada ketika ini kau ambillah dia..mungkin itu perjanjianmu dengannya... aku tatap wajahnya ...sehingga jam 1.00 tgh aku kembali ke wad untuk rawatanku dan....jam 1.15 petang aku dipanggil lagi untuk ke NICU kali ini...aku dibawa ke bilik kaunseling.. perbincangan demi perbincangan bersama ketua NICU dan jururawat terlatih tiba tiba aku dipeluk oleh seorang jururawat..minta aku beristifar...berselawat ...bertenang... dan kemudian membawa aku melihat anakku...YA Allah kaki dan jemarinya semakin biru dan....aku hanya diberi 15minit untuk menatapnya sebelum wayar wayar itu dicabut... Puan..jantungnya tidak berfungsi..itulah kata kata keramat yang keluar dari mulut doktor pakar kanak kanak yang merawat Muhd Amsyar... di hadapanku ...wayar wayar itu dicabut...dan...Amsyar berada dalam dakapan ku...tika dan saat itu hanya juraian air mata yang mampu keluar..dan saat itu juga aku lihat suamiku menangis bersungguh sungguh..tidak kami sangka putera keempat kami tidak sempat berjumpa abang abang dan kakak mereka...walau hati dan jiwaku lemah di saat itu...aku kumpulkan semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini.. MUHD AMSYAR..tunggu mama, ayah, kaka dan abang abang di SANA ya... jenazah Muhd Amsyar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kapas, Rantau Panjang, Selangor Darul Ehsan..

Ayat Pendinding..

Selasa, 7 Jun 2011

Alhamdulillah aku bersyukur kehadratmu Ya Allah kerana masih mengizinkan hambamu ini meneruskan kehidupan di bumiMU ini..sesungguhnya hanya padaMu tempat aku mengadu, meminta dan meluahkan apa yang tersurat dan tersirat..dan aku redha dengan setiap ujian yang engkau tetapkan untukku kerana aku yakin sesungguhnya engkau tidak akan menguji hambamu ini di luar kemampuanku...Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya...