Selamat Datang ke http://luvahfa.blogspot.com

Assalammualaikum..., blog ini saya lahirkan sekadar ingin berkongsi pengalaman & ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama... sesungguhnya pengalaman itu sering mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa mendekatkan kiri kita dengan NYA...



Selasa, 23 Ogos 2011

kerenah A.H.F.A

"Mama... seronok kan kalau raya ni ada Amsyar.  Haikal suka sangat sebab dia comel sangat" ....kata kata Haikal masih terngiang ngiang pada pagi Ahad minggu lepas .. naluri keibuanku terus tersentuh ..ibu mana yang tidak tersentuh apabila diingatkan dengan insan yang membawa seribu kenangan ke dalam diriku...  


Tatkala Faris mencuba baju melayu.. tatkala itu juga aku teringatkan perancangan aku untuk melihat keempat-empat putera ku memakai baju warna yang sama pada hari raya ini .. aku pernah membayangkan raya tahun ni aku akan berjalan dengan bakul susu semula... dengan kerenah si comel ... tapi rupanya perancanganmu YA Allah, YA Rahman, YA Rahim adalah lebih teratur...

Dua minggu lalu tika melintasi Tanah Perkuburan Rantau Panjang Klang hatiku semakin sayu.. dan kenangan itu semakin menjelma... alangkah indahnya sekiranya dia ada.. tentu kecoh sahurku, tentu bising mulutku suruh abang-abang dan kakak mengok adik... walau hayatnya hanya seketika tapi ingatan kami selamanya...

Tentu kecoh rumah opah dengan tangisan Amsyar dan Umar yang lebih kurang sebaya tetapi kini hanya tinggal Umar sahaja.. tika melihat wajah Umar tika itu juga kenangan aku bersama Amsyar menjelma... dan gelaran mama yang mereka ungkapkan pada ku juga membuatkan aku sayu... dan semakin sayang pada mereka ....

Di pengakhir Ramadhan ini Ujianmu YA Allah aku terima dengan redha kerna aku tahu kau tidak akan membebani hambamu di luar kemampuannya...

Adam  diserang infection pada hidung dan mulut.. YA Allah sembuhkanlah anakku.. "Adam x nak pergi sekolah.. Adam malu"  sekali lagi naluri keibuanku tersentuh .. mengumpulkan kata kata semangat untuk dia pergi ke sekolah... aku hanya mampu berkata "Adam jgan peduli apa orang nak kata.  Mulut manusia memang x boleh tutup.. yang penting Adam sapu ubat dan makan ubat..mohon pada Allah mudah mudahan Allah perkenankan doa kita lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini".. Alhamdulillah akhirnya Adam pergi juga ke sekolah.. tp kesian dia terpaksa pula berpantang makan memandangkan seafood dan yang gatal gatal tak boleh makan..

Mama Demam.. mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan aku terlupa dengan kesihatan diri.. sekejap rasa seram sejuk.. sekejap rasa panas makan ubat baik lepas habis tempoh ubat demam semula begitulah berlarutan selama 3 hari dan alhamdulillah  hari ni aku beransur pulih..

Aqeelah trial exam utk PMR....
YA Allah ..kau berikanlah kekuatan mental dan fizikal pada puteriku ini.. terangilah hatinya, permudahkanlah puteriku untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan... setiap hari aku tidak jemu untuk memohon padamu YA RAb agar kau terangi hati anakku.. agar kau berikan kekuatan pada dia..

Sesungguhnya AHFA adalah kurniaanmu YA Allah yang terlalu indah dalam hidpuku .. setiap pergerakan mereka adalah keistimewaan mereka.. akan ku jaga Amanahmu YA Allah.. akan ku cuba untuk menjadikan mereka hamba hambamu yang beriman dan beramal soleh..

"YA Allah di pengakhir Ramadhan ini .. aku cuba untuk merebut tawaran-tawaran mu... Kau berikanlah aku kekuatan, kesabaran , kecekalan dan ketabahan untuk meneruskan amalan -amalan sunat yang kau tawarkan , tetapkan aku untuk terus berqiam di 10 malam terakhir ini.. tetapkan aku untuk terus berzikir dengna kalimah kalimah mu ... tetapkan aku untuk terus berdhuha denganmu...walau bukan pada bulan Ramadhan... Izinkan hambamu mencari malam yang terlalu istimewa itu....Ameen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan